Saturday, October 29, 2011

Sup Hameed, Georgetown

Kepada mereka yang sukakan sup, Sup Hameed adalah salah sebuah port lagend dalam bidang sup mengeSup di Pulau Pinang. Tak kiralah dari Sup Ayam hingga ke Sup Torpedo, semuanya ada di sini. Dibuka 24jam sehari, restoran ini juga mensajikan hidangan seperti restoran nasi kandar yang lain. Terletak berhampiran dengan Cititel, Hotel Malaysia & Hotel Continental.Parking senang dan sememangnya port ni berbaloi-baloi..Layanzz...

Lokasi:
26-50 Jalan Penang, Georgetown, 10000 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/dOf8RT

Restoran Kapitan, Penang

Buat penggemar tandoori, restoran kapitan ni mmg terkenal sangat-sangat dengan hidangan Set Nan Tandoori-nya.Memang superb.Selain itu, Set Beryani ClayPot-nya mmg unik dan sedap. Layanz....

Lokasi:
CAWANGAN GEORGETOWN
Lorong Pit, Georgetown, 10300 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/AJu3ff

CAWANGAN GURNEY, KELAWAI
Jalan Lim Chin Guan, Georgetown, 10250 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/AKpoGw

CAWANGAN BAYAN BARU, QUEENSBAY MALL
71 Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/d9Wlkb

Nasi Kandar Hameediyah, Georgetown

Buat penggemar nasi beryani, Hameediyah sememangnya terkenal dengan keunikan rasa beryaninya sejak turun-temurun. Nasi Kandar pun ada gak.Makanan goreng2 + roti murtabak pun ada.Cuma tak bukak 24 jam.Tutup seawal pukul 10 malam.Terletak di Lebuh Cambell, dan berhampiran dengan bazaar chowrasta..Parking agak sukar tp memang berbaloi-baloi...

Lokasi:
140-184 Lebuh Campbell, Georgetown, 10200 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/zUDBHO

Nasi Kandar Tajuddin Hussain, Georgetown

Port klasik nasi kandar sejak dolu-dolu lg. Sememangnya terkenal dengan pelbagai kari mari..Agak crowded di waktu tgh hari tp berbaloi-baloi untuk penggemar kari kambing ataupun beriyani..Dibuka dari pagi sehingga malam..Layanz...

Lokasi:
45-63 Lebuh Queen, Georgetown, 10200 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/AGddxW

Nasi Kandar Merlin, Georgetown

Satu satu port nasi kandar klasik kegemaran ramai. Penangan kari ikan dan daging nya mmg superb..Terletak betul-betul bawah Hotel Merlin, dan kepada sesiapa yang ingin pergi, kedai ini dibuka seawal pagi dan tutup selewat tengah hari. Dia mmg jual nasi kandar sahaja + air. Roti Canai n goreng2 yang lain tiada. Kepada sesiapa yang teringin, sila keluar lunch awal kerna kalau lewat, confirm anda gigit jari..Layanz...

Lokasi:
2-18 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/ATSHhq

Nasi Kandar Beratur, Georgetown

Buat penggemar nasi kandar yang juga suka makan malam, Nasi Kandar Beratoq ini dibuka selewat pukul 10.30 malam dan terletak berhampiran atau bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling. Jangan tertipu k.Sebelum pukul 10.30 malam ada orang lain menjual kasi kandar di tempat yang sama.So,sedikit tips kepada mereka yang kepingin nasi kandar beratoq:
1) Pastikan anda ke sini pada pukul 11.00mlm ke atas (untuk jaminan)
2) Kalau dah nampak orang dok beratoq tu, mmg sah itu Nasi Kandaq Beratoq

Keistimewaan dia sememangnya lauk telur sotong mahupun ikan yang bisa menyelinap berdesup kalau sekali makan.Layanz....

Lokasi:
80-98 Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, 10300 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/BzBFsi

Line Clear Nasi Kandar, Georgetown

Ni dia nak habaq mai..Restoran Nasi Kandaq kegemaran ramai ni terletak di Jalan Penang (orang penang panggil Penang Road). Walaupun tak berapa nak besar kedainya, ramai yang sanggup berpusu-pusu datang ke sini.Keistimewaan ialah kari kepala ikan dan lauk-pauk yang lain yg sentiasa dimasak panas-panas untuk hidangan para pelanggan. Dibuka dari pagi sampai malam..Pakat mai singgah wei...
Layanzzz...

Lokasi:
159-199 Jalan Penang, Georgetown, 10000 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/zoDsMo

Friday, October 28, 2011

Shariff Nasi Kandar, Gelugor

Buat penggemar masakan nasik kandar klasik, Shariff Nasi Kandar mmg sangat berbaloi-baloi untuk dicuba..Terletak berhadapan dengan Kedai 7Eleven & AmBank Gelugor, kedai ni dah menjadi Port nasi kandar sejak tahun 1970an lg..Pakat rrrrrasa oit...

Lokasi:
Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/z4KdnD

Thursday, October 27, 2011

Rumah P.Ramlee, Georgetown

Kepada peminat Seniman Agung P.Ramlee, bolehlah berkunjung ke rumah pusaka di mana tempat beliau dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang. Pelbagai koleksi barangan dan gambar nostalgia P.Ramlee dipertontonkan di sini.
Layanzzz...

Lokasi:
Lintang P Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/d4fE1Y

Wednesday, October 26, 2011

Sun Yat-Sen Centre, Georgetown

Salah satu banggunan bersejarah di Pulau Pinang. Sun Yat-Sen merupakan pelopor pejuang revolusi China..
Lokasi:
140-148 Jalan Macalister, Georgetown, 11400 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/zVH3T5

Teluk Bayu, Sungai Batu

Teluk Bayu merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk bersantai di hujung minggu bersama keluarga, sanak saudara mahupun rakan. Selain terletak berhampiran persisiran pantai, Teluk Bayu juga sememangnya port baik untuk kaki-kaki pancing mencoba nasib dek kerana Tasiknya yang tenang dan indah. Lokasi ini juga sesuai untuk pasangan pengantin mengadakan sesi "outdoor photoshoot".Memang Class..Layanzz...

Lokasi:
Jalan Sungai Batu, Kampung Sungai Batu, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/Ay33Mk

Pantai Tanjung Asam, Gertak Sanggul

Pantai Tanjung Asam merupakan lokasi yang agak terpencil, tenang serta sunyi dari keriuhan bandar dan kenderaan. Terletak di penghujung Barat Daya Pulau Pinang (Gertak Sanggul), lokasi ini sesuai untuk mereka yang inginkan suasana perkelahan santai bersama saudara dan rakan rakan. Terdapat juga gerai2 makan seperti Laksa, Jagung Bakar, Apom Balik dan sebagainya.
Layanzz..

Lokasi:
11910 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/dhoNYI

Seri Anjung Ikan Bakar, Teluk Kumbar

Kepada penggemar makanan laut, Anjung Ikan Bakar merupakan destinasi budget yang baik untuk dituju. Mensajikan pelbagai jenis hidangan laut & masakan ala-Thai, harga yang dikenakan juga jauh lebih murah. Tak rugi berkunjung ke sini. Pakat mai ramai-ramai.
Layanzz...

Lokasi:
Jalan Bayan Lepas, Kampung Teluk Kumbar, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/zJ1vPH

Ilyana Cafe, Teluk Kumbar

Kepada mereka yang inginkan masakan Kari Kepala Ikan special di samping deruan ombak pantai yang mengasyikan, anda dipelawa mengunjungi Ilyana Cafe.Terletak berhampiran kawasan pantai Teluk Kumbar, Ilyana Cafe mensajikan pelbagai jenis masakan selai Kari Kepala Ikan. Mee Udang nya juga boleh tahan sedapnya. Hidangan laut seperti Ikan Bakar, Ketam, Sotong Tepung, & Kerang Bakar juga terdapat di sini.

Lokasi:
Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/d6nkuE

Ayu Mee Udang, Teluk Kumbar


Hye..hye..hye..Kepada penggemar Mee Udang,anda dipelawa untuk berkunjung ke Teluk Kumbaq di Gerai Ayu Mee Udang.Harga memang berpatutan dan mee udangnya memang agak marvellous dan superb..Silalah MenCOBA..Mee Udang Teluk Kumbar...
Layanzz..
Lokasi:
Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/Bh4zHs

Restoran Peladang, Balik Pulau

Restoran ini terletak di Balik Pulau dan berdekatan dengan Pejabat Haiwan dan berhadapan dengan Stesen Petronas. Tarikan di sini adalah lauk-pauknya yang pelbagai.Terdapat pelbagai jenis masakan kampung di sini seperti Kari Kepala Ikan, Masak Lemak, Ikan Bakar, Ayam Panggang, Ulam-ulaman dan pelbagai lg.Dianggarkan hampir 40 ke 60 jenis lauk yang dihidangkan kepada para pelanggan. Buat mereka yang teringin nak menjamu masakan kampung, Restoran Peladang dibuka seawal pukul 9 pg dan sememangnya meriah di waktu tgh hari.Layanz....

Lokasi:
Jalan Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/A6YJeS

Tuesday, October 25, 2011

Daniel's Beach Guest House, Batu Feringghi

Inginkan penginapan yang selesa,santai dan murah? Daniel Beach Guest House boleh memenuhi permintaan anda..Terletak berhampiran pantai Batu Feringghi, Guest House ini juga amat berdekatan dengan Hard Rock Hotel dan juga Batu Feringghi Night Market..Ia juga dilengkapi dengan semua kemudahan asas seperti Bilik Air, Mini Fridge, TV, Water Heater, Kettle, & Aircond..

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi:
+60164112874 atau +60164549191

Layanz..

Lokasi:
Jalan Teluk Bahang, 11100 Ayer Itam, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/A56Qze

Monday, October 24, 2011

Monkey Beach, Teluk Bahang

Kepada kaki2 yang sukakan perkelahan luar biasa, Monkey Beach merupakan lokasi yang sangat menarik untuk perkelahan santai bersama keluarga,kenalan,rakan2, ataupun pelancong..Terletak di dalam lingkungan Taman Negara Teluk Bahang, terdapat dua cara untuk ke Monkey Beach ini. Anda boleh "hiking" ataupun menaiki bot. Kepada yang ingin menikmati udara segar sambil santai, anda bolehlah menggunakan khidmat BOT Pak Atan untuk ke sana:
En Atan : 0164898729

Pelbagai pakej menarik ditawarkan di sana..Anda boleh naik Banana Boat,JetSki,BeachBuggy, dan juga BBQ...Buat kaki pancing,port2 menarik turut terdapat di sana..
Tempat ini juga mmg sesuai untuk aktiviti2 "team-building" tetapi tak dibenarkan camping..
Layanz...


Lokasi:
Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjong Bungah, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/B25yX2

Kayu Nasi Kandar,Bukit Jambul

Restoran Kayu Nasi Kandar ni mmg terkenal di Penang. Macam restoran nasi kandar yang lain, ia dibuka 24jam sehari dan terdapat pelbagai juadah hidangan yg menikam kalbu.Mungkin posisinya yang berada di tgh bandar bayan baru membuatkan restoran ini x lekang dek org.Kepada yang berada berdekatan Kompleks Bukit Jambul ataupun Hotel Vistana, bolehlah singgah mai tempat ni.Dekat jaa...Layanzz...

Lokasi: 1-27 Lebuh Nipah 7, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/djR0Fg

Friday, October 21, 2011

Laksa Janggus Balik Pulau

Buat penggemar Laksa,di Penang Laksa Janggus mmg famous.Walaupun terletak agak jauh nun di Balik Pulau,ramai yang dtg dari jauh semata-mata nak PEKENA laksa ni.Jalan-Jalan Cari Makan pun penah dtg singgah sini..Mmg berbaloi-baloi..

Lokasi:
Jalan Bahru, 11000 Balik Pulau, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/deGji5

Wednesday, October 19, 2011

Pelita Nasi Kandar Georgetown

Buat mereka yang pedih perut di kala tengah hari menjengah waktu, bolehlah bersantap di restoran pelita nasi kandar. Terletak di Jalan Macalister, Penang, seperti restoran nasik kandaq biasa, hidangan dia standard.TP, walaupun ia 24jam,time tgh hari dah xde roti2,roti nan or capati..SUP dia pun hanya available ptg sampai malam..hehehe..Layanzz ajelaa

Lokasi:
140-148 Jalan Macalister, Georgetown, 11400 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/znZaFU

Cargas Cafe




Buat Penggemar nasik kandaq Pulau Pinang, Cargas Cafe merupakan restoran Nasik Kandaq yang terletak betul-betul di pekan Bayan Lepas. Walaupun lokasinya yang terletak betul-betul di sebelah jalan, restoran ini menjadi pujaan ramai terutamanya "time" makan tengah hari. Kepada mereka yang teringin nak makan nasik kandaq alaf baru, bleh pakat Singgah Mai restoran ini..Layanz...

Lokasi:
1175 Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/zbTRyC

Tuesday, October 11, 2011

KFC Jalan Larut

Dalam banyak2 KFC yang berada di penang, cawangan ni antara yang unik dek kerna kawasan dan bentuknya yang menarik..X perlu diceritakan apa yang ada di KFC ni,just kalau nak rasa suasana makan di rumah ala-ala Kolonel,bleh la try KFC cawangan Jalan Larut..Menarik gak...heeee

Lokasi:
Jalan Larut, Georgetown, 10050 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/dUXPiz


Suai Kenari

Kedai atau warung yang terletak di depan Mesiniaga ini mempunyai sajian tomyam yang quite menarik dan affordable jika nak dibandingkan dengan gerai2 lain yang berada sekitar Georgetown.

Bertentangan dengan Royal Hotel,Penang,gerai ni mmg packed time tgh hari tapi quite cepat jugak la dia serve makanan walaupun ramai orang.

Pada sapa2 yang kerja mahupun ada urusan di Wisma Leader,Banggunan Persekutuan,Royal Hotel ataupun Mesiniaga,boleh la mencuba makanan di warung ini...

Layanz...

Lokasi:
Jalan Larut, Georgetown, 10050 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/dPz4Ci

Hospital Loh Guan Lye

Hospital yang beroperasi sejak tahun 1975 ini agak terkenal di Penang.Merupakan panel kepada pelbagai syarikat besar,hospital ini terletak betui2 di tgh pusat bandar.Rasa-rasa dalam 2-3km dari KOMTAR.

Kepada yang inginkan keselesaan dan perlukan teknologi pakar perubatan,Hospital ni among the best hospital di Penang.Selamat mencuba.heeee

Lokasi:
3-23 Jalan Logan, Georgetown, 10400 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/A1DQL3

Monday, October 10, 2011

Astaka Stadium Bandaraya

Astaka Stadium Bandaraya ni terletak berhampiran Stadium Bandaraya Penang..Tghhari memang happening.Pelbagai menu havoc yang ada.Antaranya:
- Char Kue Tiaw
- Mee Mamak
- Nasik Kandaq
- Pasemboq
Dan pelbagai lagi juadah gorengan..

Pakat Singgah mai Weih...

Lokasi:
181-203 Jalan Perak, Jelutong, 11600 George Town, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/Ahaoxw

Pak Ghani Mee Udang

Gerai tepi jalan tapi sajian dan hidangannya agak mantap.Selain sajian istimewanya iaitu Mee Udang,pelbagai lagi masakan lain yang ada seperti nasik goreng daging,udang,mee goreng dan pelbagai lagi..

Cadangan RoundPenang:
- Kepada sape2 yang melalui jalan bayan lepas dan ingin tapau somethin balik rumah,anda boley laa singgah mai kat kedai ni..Mee Udang die quite class...

Lokasi:
Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
http://m.google.com/u/m/BLAAgR